Petang ni aku masih memikir perihal seorang sahabat (mungkinkah dia akan membaca penulisan ini?) Yeah..ini dari aku untuknya. Empati untuk aku susurkan pada dia, moganya tidak buat dia tertekan. Sahabat itu berteman masalah dan aku sedayanya ingin membantu. Namun aku pula masih tak betah nak bertanya tentang pemasalahan dia secara total, aku takut ini akan buat dia lebih depress. Aku bukan teman yang paling baik, namun hadir aku di sisi tiap sahabat adalah utk menjadi ‘teman pendengar’ InsyaAllah jika sudi, akan ada cadangan untuk dikongsi dan mungkin diskusi boleh meringankan beban.
Aku masih lengah dengan lagu Ku Merayu, Hakikat Bahagia dan Sutera Kasih yang menjadi favourite kini. Di tiap bait lirik lagu Hakikat Bahagia..aku belajar banyak. Lirik itu adalah satu refleksi dari kalam Tuhan dari Surah Ar Raad ayat 28 yang menyatakan bahawa ‘Dengan mengingati Allah itu, hati akan menjadi tenang’ Aku ditackle ayat ini sedari matrikulasi dan ia banyak beri aku kekuatan tika mendepani mehnah. Sebenarnya tiap kalam Tuhan itu ada relevannya dan itulah sebabnya kita digalakkan mengkaji, in fact banyak sarjana Barat yang masuk Islam kerana terkesan dengan kalam hakiki ini.
Buat sahabat itu..aku ingin nyatakan bahawa aku tetap di sisinya, sedia mendengar dan aku takkan sesekali meninggalkan persahabatan ini. Aku cuma ingin membantu tapi aku takut kiranya aku lebih mendesak. Aku harapkan dia faham tujuanku. Aku tahu yang dia mampu menghadapi tribulasi itu kerana dia sebenarnya punya intelek cemerlang. Aku risau jika dia hanya memikir pemasalahan dan tidak punya ruang untuk membenar hati kusut itu dikunjung ketenangan. Aku cuba memusatkan pendekatan spiritual tapi aku masih jua risau andai aku cuma kan menjadi bebanan. Mencuba yang terbaik, senggang ini aku harap dia lebih positif. Aku biarkan dia berfikir dan moganya dia akan lebih cemerlang menghadapi mehnah. Dia adalah pilihan dia. Teringat kekata ini ‘Kita takkan sedih kalau kita tak memilih untuk sedih’
Masalah? Itu adalah sebahagian kehidupan dan hidup hanya akan lengkap jika kita menghadapinya. Dugaan adalah satu cara Allah menguji tahap iman kita dan mungkin ada satu tahap di mana DIA sudi mengampuni dosa lampau. Dugaan adalah tanda kasih Tuhan..benarkan? Yea..mungkin senang untuk berkata-kata dari merasainya, namun ini adalah tanda kasihku untuk menjadi temanmu. Terpulang jika ingin menidakkannya. Aku ingin sahabat itu kembali ceria dan bingkas dari momokan tekanan. Dia mampu! Dan aku percaya yang dia tabah menghadapi. Sahabat, percaya saja pada dirimu dan pilihlah ketenangan…ingatilah Allah pada tiap saat ini, kau pasti akan rasa berteman kerana DIA adalah TEMAN SEJATI tiap insan.

No comments:
Post a Comment